Maaf! Aku tak pandai meluahkan sesuatu dengan perkataan. Tapi aku mampu meluahkan sesuatu dengan cara penulisan. Ini untuk kau KAWAN BAIK :')
Aku tak sangka hari ni aku boleh menangis! Bukan sebab pakwe aku! Bukan sebab scandel aku. Tapi aku nangis sebab kawan baik aku sendiri tak hirau kan aku. Mybe sebab aku bodoh kot, dia tak nak kawan dengan aku, kawan-kawan dia semua pandai kecuali aku. Aku tahu, aku sepatutnya sedar yang aku tak layak untuk kawan dengan dia. Aku bukan malaikat, aku bukan budak baik, aku budak perempuan yang penuh dengan dendam. Hidup aku tak macam dia. Hidup dia perfect. Dia ada keluarga yang sempurna, tapi aku penuh dengan sejarah hitam. Mungkin benar, SAHABAT telah mati! Dan tak kan pernah wujud lagi dalam hidup aku! Aku tak kan percaya lagi KAWAN. Mungkin takdir aku hanya bersendirian. Aku rasa betul-betul tak dihargai dan aku betul-betul kecik hati dengan dia bila dia buat aku macam tu. Aku tak wujud ke? Aku bukan kawan dia ke? Atau dia memang tak pernah anggap aku kawan dia. Mungkin kawan aku, sahabat aku, hanya SEPI. Aku tak layak untuk jadi kawan kau lagi. Ye! Memang aku anggap kau separuh dari diri aku sebab aku sayang kau. Aku tak kan pernah berubah untuk terus anggap kau KAWAN BAIK.
Alhamdulillah. Hari tu ada berlaku salah faham aku dengan kawan baik aku ni. So, aku amik keputusan biar je diaorang buat keputusan sendiri. Akhirnya, alhamdulillah, sedikit demi sedikit, dengan berkat kesabaran dan sayang aku pada diaorang, akhirnya kami berbaik semula dan mampu untuk gelak bersama lagi. Dengki dan bercerita bersama. Alhamdulillah yaAllah. Terima kasih sangat-sangat. Sesungguhnya aku merindui mereka semua untuk terus menjadi kawan aku buat selamanya. Aku memerlukan dia untuk terus jadi kawan aku.
Tapi, sekarang aku terpaksa membuat dua pilihan sama ada untuk terus berkawan dengan diaorang atau aku terpaksa terus meninggalkan dia orang. Demi kawan-kawan aku yang lain, biar lah aku menjadi mesra bersama mereka namun aku tahu kita mungkin tidak dapat lagi bersama seperti dulu. Maafkan aku. Aku terlalu merindui kalian kawan. Terima kasih kerana melengkapkan aku dengan senyuman, tangisan, gelak tawa, cerita dan segala macam dari kalian. Hidup aku terlalu sempurna bersama kauorang semua. Percayalah, kita akan tetap menjadi kawan buat selamanya. Hanya kawan dan selamanya kawan :')
TERIMA KASIH KERANA MASIH INGIN TERUS BERKAWAN DENGAN AKU.