-->
Sebuah Diary Bertaip
MAAFKAN AKU SAYANG SEBAB LUKAKAN HATIMU SUATU KETIKA DULU..PERCAYALAH HANYA KAMU SELAMANYA YANG BERTAKHTA DIHATI INI..

KAWAN BAIK :')


Maaf! Aku tak pandai meluahkan sesuatu dengan perkataan. Tapi aku mampu meluahkan sesuatu dengan cara penulisan. Ini untuk kau KAWAN BAIK :')


Aku tak sangka hari ni aku boleh menangis! Bukan sebab pakwe aku! Bukan sebab scandel aku. Tapi aku nangis sebab kawan baik aku sendiri tak hirau kan aku. Mybe sebab aku bodoh kot, dia tak nak kawan dengan aku, kawan-kawan dia semua pandai kecuali aku. Aku tahu, aku sepatutnya sedar yang aku tak layak untuk kawan dengan dia. Aku bukan malaikat, aku bukan budak baik, aku budak perempuan yang penuh dengan dendam. Hidup aku tak macam dia. Hidup dia perfect. Dia ada keluarga yang sempurna, tapi aku penuh dengan sejarah hitam. Mungkin benar, SAHABAT telah mati! Dan tak kan pernah wujud lagi dalam hidup aku! Aku tak kan percaya lagi KAWAN. Mungkin takdir aku hanya bersendirian. Aku rasa betul-betul tak dihargai dan aku betul-betul kecik hati dengan dia bila dia buat aku macam tu. Aku tak wujud ke? Aku bukan kawan dia ke? Atau dia memang tak pernah anggap aku kawan dia. Mungkin kawan aku, sahabat aku, hanya SEPI. Aku tak layak untuk jadi kawan kau lagi. Ye! Memang aku anggap kau separuh dari diri aku sebab aku sayang kau. Aku tak kan pernah berubah untuk terus anggap kau KAWAN BAIK.

TERIMA KASIH KAWAN BAIK :')


Terima Kasih Sudi Baca Entri Ini, Like Kalau Suka

Posted by Unknown
0 comments
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Alhamdulillah :')


Alhamdulillah. Hari tu ada berlaku salah faham aku dengan kawan baik aku ni. So, aku amik keputusan biar je diaorang buat keputusan sendiri. Akhirnya, alhamdulillah, sedikit demi sedikit, dengan berkat kesabaran dan sayang aku pada diaorang, akhirnya kami berbaik semula dan mampu untuk gelak bersama lagi. Dengki dan bercerita bersama. Alhamdulillah yaAllah. Terima kasih sangat-sangat. Sesungguhnya aku merindui mereka semua untuk terus menjadi kawan aku buat selamanya. Aku memerlukan dia untuk terus jadi kawan aku.
Tapi, sekarang aku terpaksa membuat dua pilihan sama ada untuk terus berkawan dengan diaorang atau aku terpaksa terus meninggalkan dia orang. Demi kawan-kawan aku yang lain, biar lah aku menjadi mesra bersama mereka namun aku tahu kita mungkin tidak dapat lagi bersama seperti dulu. Maafkan aku. Aku terlalu merindui kalian kawan. Terima kasih kerana melengkapkan aku dengan senyuman, tangisan, gelak tawa, cerita dan segala macam dari kalian. Hidup aku terlalu sempurna bersama kauorang semua. Percayalah, kita akan tetap menjadi kawan buat selamanya. Hanya kawan dan selamanya kawan :')

TERIMA KASIH KERANA MASIH INGIN TERUS BERKAWAN DENGAN AKU.




Terima Kasih Sudi Baca Entri Ini, Like Kalau Suka

Posted by Unknown
0 comments
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

untukDIA ♥


Aku tujukan khas untuk dia. Bukan kawan, tapi friend. Okay, aku sayang dia. Nama dia F..N.. Aku harap hubungan kitaorang tak lebih dari sekadar kawan okay. Aku bukan tak nak lebih dari kawan. Tapi, aku akan lebihkan kalau dia sendiri yang nak. Okay. Aku sentiasa okay. Tapi, aku suka dia. Okay, aku suka dia. Suka dia sangat-sangat. Tapi suka aku tak kan lebih dari KAWAN. InsyaAllah. Aku tak nak terlalu berharap nanti kecewa peneman diri. So, biarlah aku jadi diri aku sendiri yang sentiasa berdiri atas kaki sendiri bukan orang lain ^^. Bermula dari fake relay menjadi kawan. Dari kawan menjadi teman, teman untuk berbicara. Dari teman menjadi sahabat. Cukup lah sampai situ. Biar kita kawan sampai ke syurga. InsyaAllah.
Ye beb, kalau boleh memang aku nak hubungan kita lebih dari seorang kawan. Kau faham kan. Aku tahu kau faham apa yang aku rasa kan. Aku tahu! I just want you to be mine forever. Boleh tak? Ayat BI aku berterabo sikit. Hehe. Apa je lah kan.

CINTA PLATONIK ?



Terima Kasih Sudi Baca Entri Ini, Like Kalau Suka

Posted by Unknown
0 comments
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Now your gone ♥


Now your gone ♥


Terima Kasih Sudi Baca Entri Ini, Like Kalau Suka

Posted by Unknown
0 comments
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Hacks ♥


Kau hadir tanpa ku sedari
Mengisi kekosongan hati
Kini kau pergi tinggalkan ku
Lemas ku dalam sepi
Hujan yang turun ke bumi
Membawa rindu yang mengunung
Kau biarkan ku oh sendiri
Malam ku tanpa mimpi
Mengapa tangan kau lepaskan
Setelah hatiku kau tawan
Mengapa takdir memisahkan
Hanyaku cinta kau seorang
Mengapa tangan kau lepaskan
Setelah hatiku kau tawan
Angin malam bawalah cintaku
Menghapus rasa rindu

Hujan yang turun ke bumi
Membawa rindu yang mengunung
Kau biarkan ku oh sendiri
Malam ku tanpa mimpi
Mengapa tangan kau lepaskan
Setelah hatiku kau tawan
Mengapa takdir memisahkan
Hanyaku cinta kau seorang
Mengapa tangan kau lepaskan
Setelah hatiku kau tawan
Angin malam bawalah cintaku
Menghapus rasa rindu

Kau hadir tanpa ku sedari
Mengisi kekosongan hati
Kini kau pergi tinggalkan ku
Lemas ku dalam sepi
Lemas ku dalam sepi

# Jujur pada diri sendiri adalah lebih baik dari terus terseksa. Aku masih rindu nak panggil kau bie sayang. Aku rindu gila babeng waktu nak tumbuk muka kau bila jumpa kau. Kau ajak aku jumpa nanti. Oh, rindu gila seyy pada kau. Aku memang nak sangat jumpa kau. Dan aku nak sangat bagi tahu kau yang aku bukan tercipta untuk kau. Aku akan bawa diri aku jauh dari hati kau. Lepas kan aku walaupun kau pernah dan BERJANJI yang kau tak mungkin lepas kan aku. Aku faham. Tapi, maafkan aku. Jangan takluki hati aku terlalu lama lagi. Nanti aku jadi sayang yang sangat pada kau. So, sekarang, lupakan aku adalah lebih baik dari kau terus menyakiti aku :')
p/s: JANGAN BERHARAP PADA SESUATU YANG BELUM PASTI MENJADI KEPUNYAAN KITA KERANA IA AKAN MENYEBABKAN ORANG LAIN TERLUKA HATI :')




Terima Kasih Sudi Baca Entri Ini, Like Kalau Suka

Posted by Unknown
2 comments
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Sentap -,-


Aku rindu nak panggil kau bie
Rindu tahap vis pada kau sayang. Aku rindu nak panggil kau bie, manja, sayang, cinta, hati nd segala yang aku suka paggil kau. Lagi-lagi bila kau ketawa. Ye, aku tak mungkin akan dengar itu semua lagi. Aku sedih. Sentap gila. Aku rasa nak menanggis gila tau. Aku janji aku tak kan kacau kau lagi beb. Tapi aku tak tahu sampai bila aku boleh tahan, susah lah siot :'(

Lupakan kau tugas aku?
Oh tidak! Melupakan kau bukan tugas buat aku. Aku rasa nak menanggis bila ingat kat kau. Ye, ramai member aku kata "lupakan dia. Dia dah buat kau macam-macam masih lagi kau nak berharap pada dia. Masih lagi kau nak pada dia. Cukup lah Hajar, kita orang tak nak kau terluka lagi". Ye kawan, aku tahu korang sayang kan aku. Tapi, aku akui aku masih sayang kan dia. Aku tak boleh nafikan semua tu. Korang sendiri tahu aku macam mana. Aku susah sangat nak lupakan dia. Walau apa pon dia buat pada aku, aku masih nak maafkan dia. Ye, dulu aku pantang lelaki tu buat salah sikit aku punya ego nya. Huh, sorry lah memang tak de peluang untuk kau. Tapi sekarang dah lain. Lain sangat kan. Okay, siapa yang rapat dengan aku, dia tahu apa yang aku tak boleh sembunyi. Jujur aku tak boleh lupakan dia dengan begitu mudah :')

Betulkah aku tak mimpi?
Aku harap sangat semua ni mimpi, tapi yang aku dapat hanya realiti. Mana ilusi aku? Mana ayat punjanga hantu raya aku pergi. Aku sepi dohh. Sentap -,-

Patutkah aku cakap?
Okay, aku patut cakap, yang aku TERPAKSA redha dengan pemergian dia dari sisi pangkuan aku. Ini pengorbanan aku yang ikhlas untuk dia. Aku akan doakan dia sebagai kekasih aku akan bahagia dengan orang yang mampu mencintai dia seadanya. Semoga dia cepat melupakan aku dengan tenang, aku lepas kan kau dari sisi aku. Tidur malam ku terbayang wajahmu. Huh. Aku sedih. KBYE :'(

SELAMAT MALAM SAYANG
RINDU NAK PANGGIL KAU BIE
KBYEE :'(


Terima Kasih Sudi Baca Entri Ini, Like Kalau Suka

Posted by Unknown
0 comments
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Layan ♥


Layan perasaan yang entah apa-apa je sekarang ni :/
Kenapa ntah dengan aku ni pon aku tak tahu.
Pelik ke aku? Berubah ke aku? Pelik -.-
Pergi lah lantak sana sama semua tu :3

Sedih :'(
Aku sedih gila.. Memang sedih gila-gila.. Kau dah berubah.. Berubah sangat. Mungkin kah dia dah ada orang lain.. Maaf sayang, aku masih belum buat persediaan untuk kehilangan mu.. Kenapa aku masih perlu tunggu lelaki macam kau dalam hidup aku.. Dulu kau bagi aku harapan yang menggunung tinggi nya, then, kau hancur kan macam tu je kan.. Kenapa kau tak jujur dengan aku? Kenapa kau tak nak lepas kan aku dari hidup kau? Kenapa kau nak sakitkan hati aku? Kenapa?

Benci
Sayang, kenapa susah sangat aku nak benci kau? Kenapa aku rasa semakin aku cuba untuk membenci, semakin kuat rasa cinta and sayang tu dalam hidup aku.. Kenapa? Kenapa susah sangat aku nak dapat jawapan pada soalan aku ni :'/

Perampas
Kenapa kau nak jadi perampas dalam hidup aku. Ye! Aku masih salah kan kau! Kau punca segalanya. Kenapa? Kenapa haa!? Aku makin benci, aku makin meluat dengan kau. Kau tahu tak!!

Aku bukan boneka :'/
Aku lebih rela kalau kau lepas kan aku dengan cara baik dari kau buat aku ni macam ni.. Aku bukan boneka kau! Tolong lah faham aku! faham lah yang aku bukan boneka kau!! Kenapa susah kau nak faham? Aku rasa menyesal sebab kenal dengan kau, sebab sangkaan aku kau lah lelaki yang akan ubah hidup aku.. Tapi, hampehh. Hancuss!!

Mungkin Allah sedang merancang yang lebih baik untuk aku. Tak pe, aku redha :')

# Satu hari nanti, kau akan rasa apa yang aku rasa sewaktu kau tanggisi kehilangan aku dari hidup kau :'>

SELAMAT TINGGAL SUPERHERO :')


Terima Kasih Sudi Baca Entri Ini, Like Kalau Suka

Posted by Unknown
0 comments
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Sorry :/


Maaf, malam ni kau call aku, aku tak berapa nak banyak cakap dengan kau. Aku memang sedih gila babeng dengan tindakan kau. Btw, tak pe. Aku faham perasaan kau sebab aku manusia biasa juga, and aku pon ada perasaan kau. Bermaksud, aku juga boleh faham perasaan orang lain kan. So, tak pe, walaupun kau tak kesa dengan perasaan aku, tapi aku akan tetap kesa perasaan kau, sebab aku anggap kau KAWAN aku :)
Alaa, bukan kau faham pon kan. Kau tak kan faham yang aku anggap kau kawan aku. You're my friend!


Okay, tengok gambar tu, kalau aku boleh pimpin tangan kau macam ni, aku akan pimpin kau selalu. Ke mana sahaja. Sebab aku anggap kau kawan, bila kau jatuh aku ada untuk sama bangun kan kau, bila kau nangis, aku ada untuk turut menagis bersama, bila kau gembira, aku tak kesa kalau kau lupakan aku, tapi satu pekara yang mesti kau tahu.

Aku sentiasa ada di saat kau perlu kan aku. Ye aku tahu kita jauh, tapi itu yang aku semadd kan kat dalam kepala otak aku ni pada kawan'2 aku, sebab aku sayang kawan'2 aku sangat'2. Tapi, tak sangka ini yang kau balas, ini yang kau bagi. Kau post gambar dia dekat wall kau, kau saje nak bagi aku tengok then biar aku sakit hati kan. Tak pe, aku tak kesa kalau itu yang buat kau bahagia. Demi orang yang aku sayang, aku sanggup lakukan apa sahaja asalkan dia bahagia, walaupun hakikatnya hati aku sendiri yang terluka :D
And now, kau tahu aku anggap kau macam ni. Kau nak kan. Ehm, sokay, kau pon tak kesa sungguh pon aku TERanggap kau macam ni, sebab kita hanya kenalan facebook je kan. So, siapa yang kesa. Ahaii, abaikan je lah kan ^^
Dulu kau kata kau anggap aku kawan kau, dan kau tak kan tikam aku dari belakang. Tapi kau bukan tikam belakang tau, kau tikam depan aku. Depan'2 aku. Wow, hebat kau, sangat hebat. Tapi, tak tahu lah kalau kata'2 kau tu hanya mainan palsu yang kau reka. Haha, aku yang terperasaan kambing lah kan. Anggap kau kawan bagai nak qrakk. Haha. Lawak seyy, aku nak gelak gilaa goleng'2 ni haa. Hebat kau, sangat'2 hebat permainan kau sayang :D
Tapy, takpe la aku tak kesa, asal kau bahagia. Ouch ><
Pict yang ni, khas untuk Naim, sebab aku dah jujur, aku tak boleh nak lari dari perasaan itu. Aku sayang kan dia, dan aku benar'2 sayang kan dia. Dan, aku takut kehilangan dia. Aku takut. Takut gila babeng xD
Tapi kau cakap, Naim adalah CINTA PERTAMA kau. Walaupun kau tak cakap dekat aku, tapi aku dah tahu. Kenapa mesti sembunyikan daripada aku. Kenapa tak terus terang dari dulu. Dari aku putus dengan dia yang sebelum aku coup balik dengan dia. Kenapa? Kenapa? Kenapa? Kenapa kau buat macam ni? Kau saje je nak sakitkan hati aku. Erghh, aku terima KAWAN.
And, and, and, now. Ehem, aku rasa dah tak de ape aku nak bagi kau baca lagi. Memang aku sakit hati. Okay. Kau puas tengok aku sakit hati sebab kau. Kalau kau nak dia, just cakap dengan aku dengan cara baik. CARA BAIK. Cuba kalau kau dah best coup dengan orang yang kau sayang, yang kau dah anggap dia nyawa kau, tiba'2 ada orang ketiga masuk nak dok rampas pakwe kau tu, then, apa kau rasa? Apa yang kau rasa? APA! Aku tak tahu lah kalau kau alien yang tak de perasaan ><
Walauapa pon, ucapan TRIMAS ini khas untuk kau, sebab kau buat lagi macam ni, dengan kata mudah untuk kau faham KAU NAK RAMPAS ORANG YANG AKU SAYANG DARI HIDUP AKU! Okay, jelas? Aku taip besar'2 sebab nak kau faham sebab aku tak gunakan ayat bunga'2 sastera aku tu ^^
Mudah kan?
Dan yang ni last pict untuk diri aku sendiri :D
Aku mampu untuk bimbing diri aku sendiri. Aku boleh motivasi kan diri aku sendiri untuk tak jadi bodoh dalam sesuatu pekara. Dan, aku lebih memikirkan PERASAAN orang lain. Kan :D
Aku sayang semua orang. Aku belajar erti semua ini dari insan yang betul'2 aku sayang. Muhammad Naim :)
But now, semuanya musnah. Tapi jangan risau, aku tetap aku. Aku boleh untuk menjaga perasaan aku sendiri dan aku mampu untuk MEMIKIRKAN perasaan orang lain juga ><
SELAMAT MALAM.



# Berharap menjadi malam yang terakhir :')

1:33 am
15/06/2012
~ SITI HAJAR ABDULLAH



Terima Kasih Sudi Baca Entri Ini, Like Kalau Suka

Posted by Unknown
0 comments
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Ehem :/


Dulu dengan sekarang :/
Semuanya dah lain.
Dah berubah.
Kenapa?
Ehem.

Ni lah ceritanya :3

Kalau dulu, ada je orang text aku. Sebelum aku bangun tidur aku dah dapat text dari dia. Sekarang hampeh. Nak text aku pon payah :/ Kalau pon aku text kau, ehem, pon payah jugak kau nak reply kann :,( Nape wehh? Ada lagi ke salah aku yang selalu jaga hati kau? Bila aku disakiti, dilukai, aku diam je. Kata hati aku " biar lah mungkin aku ni ada buat salah kot pada dia " kadang'2 tertanya juga " Apa salah aku pada dia? " Aku dah redha lah. Biar lah apa nak jadi pon lepas ni, cuma aku mintak dia lepas kan aku dengan cara yang baik. 
Biar aku dapat lihat matahari dengan tenang :')
Ehem, aku tahu kau faham dengan kata'2 aku ni, sebab waktu kita bergurau hari tu, aku ada sebut perkataan yang lebih kurang macam ni. Maafkan aku yea :')




Terima Kasih Sudi Baca Entri Ini, Like Kalau Suka

Posted by Unknown
0 comments
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Reality In My Life



Mimpi dan realiti yang tak mungkin akan bersatu :/
Bersatu hanya dalam mimpi :3
Erhh, apa aku mengarut err?
Kenapa aku terjaga dari mimpi yang indah tu? Kenapa mesti aku yang terjaga? Tak boleh ke kalau mimpi tu jadi realiti? Erhh :/










Terima Kasih Sudi Baca Entri Ini, Like Kalau Suka

Posted by Unknown
0 comments
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Rindu Separuh Mati : /


Pernah dengarkan rindu setengah mati? Kan ada lagu kann. Pernah dengar? Pernah kann ( : So? Ada aku kesah? Eh, macam tu pulak -..-'' Ehem, okay laa. Start cerita aku yang mengarut sikit ni : ' D
Aku sakit sangat. Sakit yang teramat bila kene tanggung semua ni. Perit tahu tak. Tak ade sape pon yang tahu kan. Tak ade sape pon nak faham kan. Kann. Kann. I just need a time to change mylife. Kenapa? Entah, aku sendiri tak tahu. Perit beb bila ingatkan balik. Senang lah kau cakap dia macam tu dia macam ni. Habis hati aku, ingat mudah sangat nak buat dia macam sampah. Memanglah tak nafikan dia buang aku macam buang sampah. Tapi, aku ni manusia yang ada perasaan beb, aku tak sanggup nak tengok orang yang aku sayang, aku campak dalam tong sampah. Lagi pon dalam hati aku takde tersedianya tong sampah. Lainlah hati kau, hati manusia yang tak setia. Memang berlambak tong sampah sampai tak memuat kan. Terpaksa order tong sampah besar sikit. Huh -.- See, aku mengarut lagi kann. 
Pernah ke dia fikir hati aku ni? Da macam apa dah jadinya hati aku ni. Macam ni lah kot.







Cuba kalau cantumkan balik, tentu tak jadi apa. Buruk kann -.-'' Cuba kalau kau minum guna kaca ni, silap'2 kau sendiri terluka balik kan. Entah serpihannya cukup atau tak untuk gam cantumkan balik. Betul tak? Tak tahu lah pulak kalau fakta tu menjadi auta. Kann. Okay, aku memang suka cakap perkataan KANN. Hobi kott -..-' So, jangan amik kesa pasal itu. Tak masuk exam kau ponn kann ( :
Memang lah susah nak lupakan sesuatu yang kita sayang dengan mudah, kann. Memang susah kann. Ye! Aku rindu dia sangat'2, tapi rindu aku mungkin tak bermakna pun pada dia. Kann. Tapi, hati aku dah jadi macam ni,  perit tu beb, nak operation hati ni boleh tak? Nak buang terus hati ni, biar tak sakit lagi. Boleh tak boleh tak? Kan best erkk kalau boleh. Biar aku dah tak sakit hati tanggung semua ni. Takde lah aku nak merana'2 lagi kann. Kann. Kann. Kann.






Ee, what happen tu? Dasyat nye. Dokter pakar bedah hati, boleh tak buang hati ni? Dah buruk dah hati ni, tak lawa dah kann. Kenapa hati ni boleh ada dalam hidup aku? Kenapa? Hmm, macam ni ke cara untuk menyakiti. Baru tahu. Ehem, atoyaii. Sekarang aku menderita sebab kau, kau suka kann. Kann. Oh wahtever lah. Bosan lah kann kadang'2 hidup ni. Rasa kosong. Kosong. Tapi ni bukan lagu najwa latif tu kayy. Yang ni series punya bikin : D
Susahnya bila kita kena belajar sesutu yang amat perit dan sakit. Belajar untuk melupakan dia dan mulakan hidup yang baru tanpa lagi dia disisi kita. Ingat aku boleh? Ingat aku mampu. Series beb, aku tak kan pernah mampu untuk buat semua tu lagi. Tak kan pernah mampu. Aku lemah. Aku tak kuat beb. Aku lebih rela tidak kenal siapa kau. Ehem

Betapa sakitnya nak tanggung semua ni kann. Kann. Biarlah aku yang rasa semua ni. Sebab aku memang layak untuk merasakan semua ni. Dan aku juga akan belajar untuk memulakan sesuatu yang baru tanpa ganggu hidup mereka lagi. Ye, aku manusia yang jugak ada perasaan. Tapi perasaan aku bukan seperti bola yang disepak ke sana ke mari. Kann. Oh, apa'2 saja dunia. Dunia yang penuh dengan penipuan, dunia yang penuh dengan kepura'2an. Oh apa'2 saja lah. Malas nak fikir lagi. Cewahh, ayat tu, malas nak fikir lagi. Macam aku nak mati je dah. Ye la kan, kalau dah mati, hati pun dah tak bergerak lagi. Dah tiada sakit hati. Fulamak, ayat sastera ke tu? Alamak. Haha. Saya sukaa maa. Oh, whatever. Panjang tak cerita aku ni? Kalau esei bm lepas tak? Tentu cikgu tu puji aku, ehh pandai nya aku buat karangan merapu pasal ayat jiwang ni. Haha. Okay, mengarut lagi.
Siapa nak kesa walaupun aku mengarut dalam blog. Haha. Tiada siapa pun yang kesa sungguh pun aku tak mengarut. Kann. Oh, abaikan. Sekarang ape macam kalau kawan aku sendiri yang coup dengan orang yang aku sayang. Oh sweetnye. Sukenye. Oh yeah ( : Benarkah? Adakah hati aku gembira? Benar? Ye. Aku tipu kau ; ) Ehem, abaikan sahaja :P Jangan fikir hati ini lagi. Oh! Jangan fikir kan ia. Kerana, aku dah tak ade hati lagi. Hati aku dah hancur, berdarah, ntaa dah jadi ape dah. Kalau bagi anjing makan memang lah sesuai kan. Alaa yang penting lelaki itu gembira and yang penting, wanita itu juga, kerana, aku dah anggap wanita itu seperti kawan aku sendiri ( : Oh apa'2 lah dunia : ' D
Nah! Bace ni. Amik ni, Semad bende alah ni dalam kepala otak kau supaya kau lebih menghargai perempuan ( : Kann, kan, kan. Kalau aku menanggis lagi pun takde guna dah kan. Kan, kan, kann. Upss, haha. Sakiti aku lagi sepuasnya. Apa'2 saja lah sayang. Wow, haha. Rasanya blog ni dah macam terkena virus sekali lagi. Virus merepek dan meraban. And, kau nak tahu lagi tak.
Oh tidak! Aku jiwang. Haha, ye! Memang tengah jiwang. Aku nak kau tahu, aku selalu menanggis sebab kau bila aku terigat kenangan'2 kita dulu. Oh, sweetnye. Ramai member'2 aku cakap kita pasangan yang sepadan. Sampai ada yang cemburu tengok kita. Diaorang cakap, korang tentu bahagia kan. And kekal forever and ever. Ini ke kekalnya? Ini ke bahagianya? Ini ke caranya? Oh. Hatiku diluka lagi : ' ( Aku memang tak nak carik pengganti kau pun sebenarnya. Ehem, sebab aku sayang kan kau lagi. Mungkin kau tak faham kann.
Dulu kau beri aku harapan yang menggunung. Lepas tu kau hancurkan dengan mudah saja. Kau tinggalkan aku. Kau beri aku pelbagai alasan. Oh egonya kau, zalimnya kau. Tak pe aku sabar. Aku faham, aku bukan yang terbaik untuk kau, kann. Yelah, aku tak mengharap apa'2 lagi kayy sayang. Kita pun dah ada haluan masing'2 walaupun hati ni masih lagi kata ''SAYA NAK KAN AWAK SEMULA''. Tapi aku tahu, smua tu mimpi yang tak mungkin jadi kenyataan. Tahu tak sebab apa. Sebab aku bukan yang terbaik untuk kau. Aku bukan perempuan yang boleh beri kau bahagia. Kann. Tak pe sayang, aku sedar siapa aku dihati mu. Ehem, aku sebenarnya tak de pon dalam hati dia. Haha, perasan je aku ni kan. Muka tak malu memang macam tu >.< Ehem. Yelah, aku je suka perasan lebih'2. Muka tak malu memang macam ni : ' )
Dan yang ni terakhir sekali, bukan sebab tangan dah penat nak menaip, tapi aku sebenarnya dah tak tahu nak taip apa. Haha. Bukan idea dah habis, tapi dah tak de idea lagi dah ni. Haha. Bukan kosong dah tapi empty. Bla bla bla lagi. Entah apa'2 aku akan mengarut lagi ntah. Huh -.- Macam kau boleh buat aku gembira lagi. Nah yang terakhir dari aku untuk lelaki itu. Okee bye

~ SITI HAJAR ABDULLAH













Terima Kasih Sudi Baca Entri Ini, Like Kalau Suka

Posted by Unknown
0 comments
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest

Aku Mengalah : ' )


Akhirnya siap jugak blog yang sebenarnya belum siap ( : 
Hehehe. Apa boleh buat. Aku dah penat edit sane edit sini. 
Nanti bila'2 aku sambung edit mengedit okayy ( :
Abaikan perkara diatas. Cewahh : D
Chett*

Sebenarnya inilah cerita aku yang start bermula dengan entri yang pertama sekali
Abaikan perasaan ni : ' (
Memang sedih pon. Memang aku rasa nak meraung lagi.
Memang tak cukup dengan tangisan aku tempoh hari.
Memang perit aku nak tanggung semua ni.
Nape mesti aku yang hadapi semua ni?
Kenapa mesti aku yang sakit hati?
Kenapa erkk? Apa dosa aku? 
Zalimkah aku?

Perasaan
Semua manusia ada perasaan. Right? Kau, dia pon ada perasaan. Kann?
So, nape buat aku cam ni? Kenapa? Apa salah aku? Apa dosa aku?
Kenapa kau sakiti aku? Wehh, aku pon ada perasaan macam korang : ' (
Berhenti sakiti aku : ( Kalau pon ada salah aku pada korang, cakap lah.
Jangan seksa aku macam ni. Air mata aku juga punya had untuk mengalir.
22 Mei, tarikh tu buat aku nangis non-stop. Sedih sangat wehh.
Seriously, aku tak pernah nangis sebab lelaki selama aku kenal dengan lelaki.
Termasuklah ex'2 aku semua. 22 Mei tu, kau minta putus.
 Kau kata aku macam'2. Kau kata kau tak tahan lagi dengan perangai aku.
Takpe wehh, aku terima. Aku tahu salah aku. Aku tahu aku tak perfect.
Maafkan aku. Tapi, esoknya, kau minta coup balik.
Sebenarnya, aku pon ada perasaan yang sama macam korang. 
Aku happy kau cari aku ( : Tapi aku tak senyum pon : ( 
Kau tahu sebab apa. Sebab, aku terluka dengan perbuatan kau.
Kau maki aku, kau caci aku. Takpe, aku redha seandainya perempuan itu boleh happykan kau.
Perempuan tu tak macam aku. Cukup bagi aku seandainya dia boleh berikau bahagia.
Tapi, kau cari aku lagi. Kau merayu pada aku semula.
Awa, saya pon ada perasaan. Awa da maki hamun saya. Then, awa mintak maaf.
Awa janji itu, awa janji ini. Awa ungkit janji tu semua. Saya tahu salah saya sebab,
saya yang mulakan semua tu. Tapi saya teringat janji, saya tarik balik kata'2 saya.
Tapi semua dah terlambat. Awa kata saya macam'2. Saya nangis dalam diam.
Sebab, saya tahu awa akan bertambah benci saya bila awa tahu saya nangis.
Sebab, awa akan kata, saya hanya minta rayu simpati awa je.
Sebenarnya, saya teringat janji saya pada awa. Tapi, awa dengan ego awa.
Maafkan saya awa. Saya salah : ' (
Malam tu, gila'2 babeng aku nangis. Walaupun baru lepas balik dari rumah member aku.
Memang happy, tapi dalam hati : ' ( 
Aku terpaksa happykan diri aku sebab, aku bukanlah manusia yang nak simpati orang lain. 
Terluka sangat malam tu.
Saya call awa, tapi awa maki saya. Awa dengan ego awa. Saya nangis gila'2 awa malam tu. Pilu sangat hati saya ni sebab awa buat saya macam tu. Maafkan saya : ' ) Disebabkan orang ketiga tu, kita jadi macam ni. Awa maki'2 saya. Awa salahkan saya dalam hal tu. Awa, saya perempuan yang ada perasaan sebab saya sayangkan awa. Awa tentu akan sakit hati bila ada lelaki lain menyimpan perasaan pada saya. Dan dalam pada masa yang sama, saya sedang coup dengan awa. Tak tahulah kalau awa takde perasaan. Saya dah redha. Sampai esok pagi awa text saya. Saya dah tak kesa dah sebenarnya denga text awa tu. Tapi, saya reply jugak. Balik sekolah, awa text saya lagi, awa minta maaf. Memang susah saya nak maafkan awa. Memang perit bila saya ingat semula cacian yang awa beri kat saya. Macam'2kan awa kata saya. Sekarang, kita dah teruskan balik hubungan kita yang terputus hari tu.
Tapi, kau nak tahu tak. Hati aku masih sakit lagi dengan segala yang berlaku.
Aku seoalah'2 DIPENJARA JANJI yang tiada jalan keluar.
Takpe, aku tak kesa pon : ' )
Aku masih mampu tersenyum walaupun hati in masih sakit dengan segalanya.
Aku terima kau sayang sebab aku nak tengok kau berubah.
Aku nak tengok tahap kesabaran kau.
Aku nak kau betul'2 jadi penyabar untuk orang selepas aku.
Kita mungkin tak kan bersama lagi lepas ni : ' )
Hanya satu je yang kau perlu tahu.
Aku sentiasa ingat kau dan janji kita dulu.
Aku tetap sayangkan kau.
Tiada siapa yang boleh gantikan tempat kau dihati ini.
Kau ubah segalanya sampai kau buat aku ketawa, menanggis.
Segalanya sayang. Thanks. Aku selalu hargai kau.
Dan permintaan aku, HARGAILAH







dia selepas ini. Dan pastinya orang itu bukan aku lagi.








And, untuk someone yang aku dah salah faham,
Aku mintak maaf sangat kayy. Aku tahu semua salah aku.
Aku pentingkan diri sendiri. Aku tak fikir perasaan orang lain.
Aku ego kann. Maafkan aku. Aku tak nak bermusuh'2.
Aku nak kehidupan yang damai je. Sebab lelaki itu mengajar aku pelbagai benda
dalam kehidupan ni. Aku hargai dia suatu ketika dulu.
Sekarang, aku undur diri kayy. Aku tahu semua salah aku.
Aku tak toleh kiri kanan pon waktu nak amik dia.
Aku betul'2 tak tahu ada orang simpan perasaan pada dia.
Maaf yaa. Sekarang, rebutlah hati dia.
Kayy korang, aku doakan korang happy ( :


Sorry again : ' )


~ SITI HAJAR ABDULLAH





Terima Kasih Sudi Baca Entri Ini, Like Kalau Suka

Posted by Unknown
1 comments
E-melkan IniBlogThis!Kongsi pada XKongsi ke FacebookKongsi ke Pinterest
Langgan: Catatan (Atom)

Jejak kaki



Arkib Blog

  • ▼  2012 (12)
    • ▼  September (1)
      • KAWAN BAIK :')
    • ►  Ogos (2)
      • Alhamdulillah :')
      • untukDIA ♥
    • ►  Julai (4)
      • Now your gone ♥
      • Hacks ♥
      • Sentap -,-
      • Layan ♥
    • ►  Jun (4)
      • Sorry :/
      • Ehem :/
      • Reality In My Life
      • Rindu Separuh Mati : /
    • ►  Mei (1)
      • Aku Mengalah : ' )

Mengenai Saya

Unknown
Lihat profil lengkap saya
Dikuasakan oleh Blogger.